Aluan Penggawa

 Asalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

1297233090662Bagi pihak seluruh warga pentadbiran Desasiswa Cahaya Gemilang, saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang ke Desasiswa Cahaya Gemilang. Tahniah dan syabas kerana terpilih melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Universiti APEX . Sesungguhnya anda telah membuat pilihan yang tepat dan bijak kerana USM adalah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang unggul. Anda juga bertuah kerana terpilih untuk menginap di Desasiswa Cahaya Gemilang. Adalah menjadi harapan kami agar peluang sebegini digunakan dengan sebaik mungkin oleh anda. Kedudukan Desasiswa Cahaya Gemilang bukan sahaja strategik tetapi juga mempunyai kelengkapan asas yang lengkap. Oleh itu ibubapa anda tidak perlu runsing tentang kebajikan anda di sini. Jadikan diri anda warga Desasiswa Cahaya Gemilang yang aktif dengan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiwa Cahaya Gemilang khasnya dan Universiti amnya demi untuk menempah tempat di Desasiswa ini untuk sidang berikutnya.

Zaman kegemilangan anda bermula dengan Desasiswa Cahaya Gemilang.
Akhir kata selamat menjadi warga Desasiswa Cahaya Gemilang dan selamat maju jaya.
"Memastikan Kelestarian Hari Esok"

Wasalam W.B.T 

Mohd Shafie Ariffin
Penggawa
Desasiswa Cahaya Gemilang